Thursday 29 September 2011

Monday 25 April 2011



HASANI MANAGEMENT & CONSULTANCY SDN. BHD.
(Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PSMB dan SME Corporation Malaysia)

MEMPERSEMBAHKAN KURSUS
POWER-UP
PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI MENGGUNAKAN KONSEP
ESQ & NLP


Kursus yang akan memberi para peserta  kemahiran yang  diperlukan untuk menjadi seorang individu yang bermotivasi, berkemahiran dan dinamik untuk menghadapi cabaran di peringkat tempatan mahupun global.

TARIKH                                :           21 & 22 MEI 2011
MASA                                    :           9.00PG - 05.00PTG
TEMPAT                              :           DEWAN HASANI IPOH , PERAK.
TEMPOH KURSUS             :              2 HARI
YURAN KURSUS                 :           RM450.00 ( TERMASUK 3 KALI MAKAN)
SIJIL :

SIJIL PENYERTAAN HASANI-SME CORPORATION MALAYSIA AKAN DIBERIKAN KEPADA PARA PESERTA




OBJEKTIF KURSUS       
   
Selepas menjalani kursus, para peserta akan dapat:
1.       Melakukan perubahan positif kepada diri melalui cara berfikir dan bertindak.
2.       Mengetahui petua membentuk konsep kendiri yang positif.
3.       Mengenal potensi diri dari semua sudut (rohani, emosi, sosial, mental).
4.       Mengetahui kaedah membentuk matlamat yang dapat membawa kejayaan.
5.       Mempelajari teknik menjadikan diri lebih bertenaga dan bermotivasi.
6.       Mengaplikasi teknik komunikasi berkesan untuk mewujudkan kemesraan.

MODUL   KURSUS
Modul 1: Mengenal Potensi Diri
Fahami konsep ‘self esteem’, bagaimana ia terbentuk dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan anda di tempat kerja dan di rumah.  lakukan introspeksi diri untuk melihat bagaimana diri anda sebenarnya unik.  Satu sesi video bertajuk ‘The Secret’ akan ditayangkan untuk menunjukkan potensi yang wujud dalam setiap individu.

Modul 2: Membentuk Motivasi Diri
Selidiki apa yang menghalang anda dari mencapai apa yang dikehendaki dan laksanakan 4 langkah   mudah  untuk  mengatasi  ketakutan  anda.   Pelajari  teknik - teknik  mudah untuk meningkatkan motivasi anda.

Modul 3: Meningkatkan Ketrampilan Diri
Pelajari rahsia untuk membina kepercayaan orang lain  terhadap  diri  anda.  Fahami   kesan bahasa badan kepada proses  perhubungan  dan bagaimana  anda boleh gunakannya  untuk menarik pendengar  anda.  Selami  kaedah  dan  petua  yang  digunakan  oleh  mereka  yang berjaya untuk mempengaruhi pemikiran orang lain.

Modul 4: Pengurusan Diri Berkesan
Pelajari  kaedah  pengurusan  masa yang  berkesan untuk  meningkatkan  produktiviti  anda ditempat kerja dan menambahkan masa  yang  berkualiti   dengan keluarga.  Fahami punca-punca stres dan tanganinya sebelum ia ‘menangani’ anda.

Modul 5: Kemahiran Berfikir Efektif
Tingkatkan kemahiran anda dalam menganalisis sesuatu situasi  dan  hasilkan penyelesaian yang bernas dan kreatif  untuk memperbaikinya.  Ringankan  beban  anda  dalam  memilih penyelesaian terbaik dengan mempelajari teknik terkini dalam membuat keputusan.

Modul 6: Membentuk Kepimpinan Berkesan
Pelajari teknik ‘LEARN’ untuk  membentuk  kepimpinan  yang  berkesan  dan  jadikan rakan sekerja anda lebih bermotivasi dengan memahami kuasa sinergi

Modul 7: Nilai dan Etika Cemerlang
Ketahui ciri-ciri  yang  dikehendaki  oleh  majikan  dalam  seorang  pekerja  dan bagaimana anda boleh mewujudkan nilai tersebut di dalam diri anda. 

METADOLOGI  KURSUS

1. Menggunakan pendekatan persembahan powerpoint
2. Syarahan
3. Perbincangan Secara Berkumpulan
4. Penerangan menggunakan LCD projektor,
5. Perbincangan dalam kumpulan,
6. Kaunseling peribadi/kumpulan.
7. Tenaga Pengajar yang terbaik dan berpengalaman.
8. Nota lengkap
9. Makanan disediakan.

* Sila lihat Flyers untuk mengetahui Objektif, dan Kandungan Kursus

KRITERIA – KRITERIA SYARIKAT ENTERPRISE  KECIL DAN SEDERHANA :
1. Dimaklumkan bahawa  syarikat  mestilah mempunyai nilai  jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta  atau jumlah   pekerja sepenuh masa kurang daripada 150 orang.

2. Syarikat  mempunyai  nilai  jualan  tahunan  tidak  melebihi RM5 juta  atau jumlah pekerja sepenuh masa kurang daripada 50 orang.

3. Syarikat  juga  mestilah  sekurang - kurangnya  60%  ekuiti  syarikat  dimiliki  oleh  rakyat Malaysia.

Berikut merupakan dokumen dan pengesahan yang perlu disediakan untuk menyertai program ini :-
Dokumen-dokumen ini adalah untuk mengesahkan bahawa syarikat anda adalah layak untuk mendapatkan Geran Latihan sebanyak 50% dari SME Corp)

Syarikat Sdn. Bhd

1. Lesen Perbandaran / Majlis Daerah
2. M & A
3. Penyata Akaun Syarikat (Tahunan) di audit
4. Penyata KWSP ( bagi pekerja)

Syarikat Enterprise       

1. Lesen Perbandaran / Majlis Daerah
2. Lesen Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
3. Akaun Syarikat (3 bulan terbaru)
4. Penyata KWSP (bagi pekerja)

Jika anda  berminat, sila isi borang pendaftaran dan kembalikan kepada kami samada melalui e-mail atau fax.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

HASANI MANAGEMENT & CONSULTANCY SDN. BHD
Cawangan Kamunting :
No. 32, Jalan MKJ/2, Medan Kamunting, Perak
No.Tel : 05-891 5455  ( Pn Thila / Pn Munira )
No. Faks: 05-891 4861
E-mail : hasani_kamunting@yahoo.com


Saturday 23 April 2011

TEMPAHAN KAD PERKAHWINAN 
          HASANI MEREALISASIKAN IMPIAN             PERKAHWINAN ANDA .....


"SIRIH BERMADAH PINANG DIBELAH , ADAT DI TURUT TERSUSUN RAPI , MERISIK SUDAH BERTUNANG PUN SUDAH , TIBA KINI MAJLIS DINANTI...."

    Pilihlah kad jemputan yang paling bersesuaian dengan tema anda , kerana kad yang terbaik menunjukkan kesungguhan anda dalam menjemput tetamu menghadiri majlis perkahwinan anda kelak. Tidak kira di mana jua anda berada, kami akan memberi perkhidmatan terbaik sebagai kenangan terindah untuk merealisasikan gerbang perkahwinan anda. Kualiti, Masa dan Rekabentuk Unik mengikut citarasa anda adalah keutamaan kami. Buatlah pilihan kad dari koleksi terbaik kami di Hasani.......